Tubuh
yang langsing merupakan igauan setiap gadis.Tapi adakah impian itu
akan terlaksana sekiranya kamu menahan diri dari makan.10 tips
penting untuk memiliki tubuh yang cantik dan langsing.
1)
Minum air sebelum pengambilan makanan .Kamu akan merasa cepat kenyang
dan tidak perlu lagi makan lebih banyak.
2)
Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju yang kamu sukai.Dan jadikan ia
sebagai inspirasi untuk kamu menguruskan badan.Tanamkan dalam diri
kamu bahawa baju yang kamu sukai itu akan dapat kamu pakai.
3)
Belajar untuk menggemari pelbagai jenis rempah ratus seperti halia,
cili api, cili merah, dan lada hitam kerana kesemuanya mendorong
pembakaran lemak sehingga 25%.
4)
Tidur cukup membuatkan kamu akan terasa kurang makan. University of
Chicago, baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisme wanita
meningkat 40% jika tidur dengan cukup.
5)
Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah
pembelian barang-barang yang tak diperlukan. Dengan cara ini
keinginanmu akan terbatas dan kamu tidak perlu lagi membeli sebarang
makanan ringan yang boleh menaikkan berat badanmu.
6)
Hindari karbohidrat kompleks. Jangan sentuh alkohol, roti dan
karbohidrat kompleks.
7)
Hindari makan ketika malam.Para pakar diet mengatakan ruangan gelap
dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah
tidur lebih awal. Nyalakan lampu yang terang ,ini akan membuatkan
kamu menjadi riang.
8)
Jangan lupa sarapan. Kamu perlukan tenaga yang lebih untuk bekerja di
siang hari. Jangan biarkan perut kamu lapar kerana ia akan
menyebabkan kamu makan secara berlebihan.
9)
Kurangkan makan makanan ringan dan aiskrim yang boleh membuatkan kamu
ketagih untuk mengunyah.
10)
Makan dalam pinggan yang kecil dan belajar makan dalam jumlah yang
sedikit.